Friday, June 5, 2009

terima kasih

cuti sekolah.
kalau bukan cuti sekolah pun aku masih bercuti.
seronoknya cuti.
tapi tak lama lagi cuti aku tamat.
cuti sekolah pun kejap aja.
2 minggu dan tinggal lagi seminggu cuti sekolah.
lepas cuti sekolah aku mula bekerja.
pergi sekolah dan bekerja.
kerja apa?
cikgulah.

cuti sekolah.
aku tak kerja.
aku jadi surirumah.
seronok jugak jadi surirumah.
sebab tak payah fikir kerja.
tapi jadi surirumah seronoknya 2 3 hari sahaja.
dan semasa awal bulan iaitu awal2 bulan gaji baru masuk.
itu adalah hari yang paling seronok menjadi surirumah.
tapi bila sudah hujung2 bulan, menjadi surirumah sudah tidak seronok lagi.
hmmm...
dan seronoknya jadi surirumah jika hujung bulan masih ada gaji.
gaji seperti orang bekerja.
tiap2 bulan suami bagi gaji.
wah...seronok...

walaupun aku sedang bercuti, aku ada kerja juga.
(korang jangan ingat bila cuti sekolah cikgu pun bercuti juga)
aku sedang menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun.
2 bulan cuti bekerja, otak aku agak berkarat untuk mengira.
(jadi, sebelum aku mula bekerja, aku perlu buang karat otak aku)
aku juga berterima kasih kepada rakan2 sekerja yang membantu aku semasa aku bercuti.