Friday, March 20, 2009

tidur

sudah berapa malam aku tak cukup tidur.

aku pun tak ingat.

aku ingat sebab ketiadaan suami sebabkan aku tak boleh tidur. Tapi malam tadi, suami ada pun aku masih tak boleh tidur. Dah pagi baru aku boleh tidur, itupun tidur2 ayam. Bila dikejut bangun, senang sahaja aku bangun, mata pun tidak rasa mengantuk langsung.

Dekat2 nak bersalin ni, keadaan makin sukar, tidur susah, malam baru nak terlena tapi harus bangun untuk buang air, badan pun makin gemuk, bila tidur, nak pusing badan susah, bila bangun, nak berjalan terasa kaki bengkak, semuanya jadi sukar (Aku sangat mengerti kesukaran ibu kamu2 semua semasa mengandungkan kamu dan juga aku).

bangkit dari tidur, aku lihat telefon bimbitku ada mesej. Mesej daripada kawan lama masa sekolah dahulu. Beliau telah selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah diucapkan kepada mereka suami isteri. Tidak lama lagi, giliran aku pula. Kalau dulu, dimasa awal kandungan, aku merasa ngeri (boleh tak aku mengandung sahaja tapi tak payah bersalin? Tapi itu adalah mustahil bukan?). Tuhan itu Maha Besar, Allah itu Maha Berkuasa, bila masanya sudah dekat, secara automatik perasaan gusar itu hilang, diganti dengan perasaan tidak sabar2 untuk bersalin dan melupakan perasaan ngeri dan takut itu.

anakku, cepat2 keluar dan melihat dunia akhir zaman...

Thursday, March 19, 2009

SPA Q

Duduk di kampung, aku mendapat satu aktiviti baru. Spa Q.

Setiap pukul 6.30 petang, emak dan minachi akan sibuk mencari remote astro untuk menonton Spa Q dan termasuk aku. Tetapi setelah aku mengikuti rancangan tuh selama seminggu ni, ternyata, sesiapa yang rasa menyampah mendengarkan tajuk Spa Q sila tonton selama seminggu, aku boleh gerenti kamu2 semua akan merasa untuk megikutinya selepas itu (aku menaip entri ini sambil menonton Spa Q dan Melissa sudah tahu siapa mama sebenarnya, Datin Sufiera!).

Aku juga rasa watak2 yang ada membuat aku ingin mencontohi penampilan mereka (bukan Marlialah!). Aku nak jadi macam Qistina. Sudah ada anak yang dewasa pun masih kelihatan cantik dan langsing. Tapi mampukah aku?

Aku selalu menyuarakan kepada suami, yang aku ingin kekal langsing selepas bersalin, seringkali suami akan senyum2 dengan rasa yang tidak percaya. Dan senyuman itu seringkali aku jadikan sebagai pembakar semangat. Ya! Aku akan buktikan!

WAH...Datin Sufiera bercerita bagaimana Melissa dilahirkan. Rupanya Melissa adalah anak Datin Sufiera dengan Riezman. Riezman, ya Riezman suami kepada Qistina. Datin Sufiera telah berkahwin dengan Riezman setelah ditangkap basah. Jadi Melissa bukanlah anak luar nikah, Melissa adalah anak yang sah nasabnya. Dan bersambung....

Bosan...

Minachi ade interview kat bangsar. Aku sorang2 depan PC. Emak pergi tengok sungai dengan Hisham. Tapi baru kejap tadi aku dengar bunyi moto menandakan diorang dah balik, tapi aku pegi tengok takde.

Aku nak pergi ke sungai jugak, tapi tak boleh sebab moto hanya boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Jika aku ini dalam kategori langsing, mungkin boleh juga aku menyelitkan diri.

Sebelum mereka pergi ke sungai, mereka sedang membersihkan halaman rumah yang telah ditumbuhi oleh rumput, Hisham mesin rumput. Aku pun mesin rumput gak tadi, layan jugakla.

Aku nak makan kuih pau. Pau inti kelapa.

Wednesday, March 18, 2009

mungkinkah?

Bangun pagi-pagi perut aku sakit.
Bangun pagi-pagi perut aku lapar.

Kalau aku tidur lagi, mesti emak kejut,
"Ti, bangun, isi porut tuh, kang masuk angin,"
Tidakkah aku sangat bertuah?

Emak kata, orang sarat mengandung mesti makan ikut waktu, kalau tak nanti macam2 penyakit yang datang, antaranya sindrom kelaparan yang melampau (penyakitkah itu?)

Hari ini, emak masak mee goreng. Aku ada jugak teringin nak makan mee goreng emak (mee goreng emak memang fames dikalangan ahli keluarga)

Mee goreng emak senang, cepat dan mudah. Tak perlu campuran beraneka jenis lauk, cuma ikan bilis dan taugeh. Tapi itupun dah dua pinggan jugak aku bedal walaupun pada hari ini mee goreng itu agak masin. (apabila kamu melihat saiz badan aku, mesti kamu2 semua akan berkata "padanla...")

Cuti sekolah seminggu, aku duduk kampung, tinggallah suami tercinta di rumah bersendirian bertemankan astro dan juga streamyx. Emak kata,

"Along, Siti biar tinggal kampung, kang tinggal ghumah sorang2, buek eh bersalin karang mano tau. Dio nih pun bukan ghoti duk diam...". Maka dengan itu, duduklah aku di kampung yang aman permai ini.

Kalau aku dirumah (yakni rumah aku sendiri), mungkin pada waktu2 ketiadaan suami aku dah ada di:

1 Jaya Jusco
2 kedai kain Casa Moda
3 di rumah Eda (baby-sitter in future) menghabiskan masa terluang
4 menghabiskan masa dengan tidur sambil dipandang oleh astro
5 membasuh bilik air sehingga menjadi seperti baru (dan ianya juga menjadi perkara yang sangat aku gembira apabila berjaya menyudahkannya)

sekian

Tuesday, March 10, 2009

Testing....testing.....testing

Setelah di dedahkan dengan blog2 yang sangat menarik, ia juga telah menarik minat aku untuk mencuba cuba melibatkan diri dengan menulis. Ternyata, ia bagus bangat untuk kita meluahkan perasaan tanpa ada rasa segan bila orang lain ketahui bagaimanakah rupa kita dikala mereka mengetahui isi hati ini... (mesti kalo adik aku baca, mereka akan ketawa terbahak2, dan kerana merekalah aku terpengaruh dengan semua ini...)

kepada minachi, kau jangan gelak akak lebih2

Pengenalan:

1 Status : berkahwin dan bakal menimang cahaya mata (adakah keterpengaruhan aku untuk menulis blog disebabkan oleh itu?)

2 Hatimu Hatiku telah di utarakan oleh suami tercinta dengan kata2 pemujuk "kitakan memang jiwang..." diikuti dengan senyuman dan semoga senyuman itu sentiasa memujukku...

3 Aku suka Yuna, gadis bertudung yang pandai bermain gitar bak kata FBI (Hot FM)

4 Apabila aku memaklumkan apakah pekerjaan aku kepada kawan2 zaman persekolahan, mesti mereka akan berasa sangat hairan, kerana aku sangatla tidak berbakat di dalam bidang itu.

5 Aku sentiasa berharap aku akan menjadi lebih cantik selepas ini.