Thursday, March 19, 2009

SPA Q

Duduk di kampung, aku mendapat satu aktiviti baru. Spa Q.

Setiap pukul 6.30 petang, emak dan minachi akan sibuk mencari remote astro untuk menonton Spa Q dan termasuk aku. Tetapi setelah aku mengikuti rancangan tuh selama seminggu ni, ternyata, sesiapa yang rasa menyampah mendengarkan tajuk Spa Q sila tonton selama seminggu, aku boleh gerenti kamu2 semua akan merasa untuk megikutinya selepas itu (aku menaip entri ini sambil menonton Spa Q dan Melissa sudah tahu siapa mama sebenarnya, Datin Sufiera!).

Aku juga rasa watak2 yang ada membuat aku ingin mencontohi penampilan mereka (bukan Marlialah!). Aku nak jadi macam Qistina. Sudah ada anak yang dewasa pun masih kelihatan cantik dan langsing. Tapi mampukah aku?

Aku selalu menyuarakan kepada suami, yang aku ingin kekal langsing selepas bersalin, seringkali suami akan senyum2 dengan rasa yang tidak percaya. Dan senyuman itu seringkali aku jadikan sebagai pembakar semangat. Ya! Aku akan buktikan!

WAH...Datin Sufiera bercerita bagaimana Melissa dilahirkan. Rupanya Melissa adalah anak Datin Sufiera dengan Riezman. Riezman, ya Riezman suami kepada Qistina. Datin Sufiera telah berkahwin dengan Riezman setelah ditangkap basah. Jadi Melissa bukanlah anak luar nikah, Melissa adalah anak yang sah nasabnya. Dan bersambung....

No comments:

Post a Comment