Saturday, August 15, 2009

update

aku baru balik dari Pantai.
ada aktiviti sekolah aku kat sana.
program adik angkat untuk pelajar2 yang bakal duduk untuk UPSR.
dari Juasseh ke Pantai.
suami aku kata jauh.
tapi aku pergi sana amik masa sejam je.
bawak kereta sorang memang tak boleh pelan2.
ngantuk.

hari sabtu sepatutnya hari untuk bersantai.
maka aku pergi sana santai.
aku ingatkan kecik saja majlisnya.
rupa2nya secara besar2an jugak.
siap ada cak lempong.
cak lempong tu dari sekolah aku.
sekolah sana pulak buat dikir barat arab.
murid2 tahun 4 dan tahun 5.
comel sungguh dan sangat2 comel.




tapi maaf, aku ada potong sikit dan kualiti gambar pun tak bagus.
penat nak pegang henpon.
tapi mereka2 itu sangat comel.

balik dari sana, aku beli langsat 2 kilo.
kaki pun penat.
huhu....

sekarang sudah masa kritikal.
budak2 pun tak lama lagi nak duduk SPM.
budak2 pun sudah sangat fokus, sangat rajin belajar dan sangat rajin bertanya.
waktu2 macam ni memang sangat seronok mengajar.

hujung2 tahun jugak, waktu2 kritikal untuk cikgu cikgi.
waktu2 macam ni banyakla ketakpuashatian muncul.
perang2 dingin pun bakal tercetus.
aku pun tak terlepas.
hehehe...tapi aku maintain cool.
balik rumah mak aku jadi mangsa mendengar keluhan aku.
terima kasih mak.
tadi pun orang tak puas hati dengan aku.
sebab aku santai.
macam angin sepoi2 bahasa.