Wednesday, November 18, 2009

mari bercuti

dah lama sangat aku tak tulis2 ni
last sekali masa aku lepas berpantang
bila dah mula bekerja, sekolah aku dah tak menulis dah

hari ni aku rasa nak tulis
tulis apa? aku pun tak tau
kinana dah besar dah, tahun depan pun dah nak jadi kakak
kinana makin besar, makin lasak, makin lasak makin cerdik
seronok rasa tengok anak besar depan mata tolong 'berkemas' sekali
hehehe

sekolah tinggal lagi sehari
aku tak sabar sangat dah
minggu2 terakhir sekolah ni aku memang asik ke sekolah lambat
pukul 0740 baru sampai sekolah
hehehe

aku nak duduk rumah
nak berulut sama kinana
bawa kinana pegi jalan jusco sama giant
jalan berdua saja
romantik kan?

cepatla hari cuti, mau bangun subuh kemudian tidur balik

Saturday, August 15, 2009

update

aku baru balik dari Pantai.
ada aktiviti sekolah aku kat sana.
program adik angkat untuk pelajar2 yang bakal duduk untuk UPSR.
dari Juasseh ke Pantai.
suami aku kata jauh.
tapi aku pergi sana amik masa sejam je.
bawak kereta sorang memang tak boleh pelan2.
ngantuk.

hari sabtu sepatutnya hari untuk bersantai.
maka aku pergi sana santai.
aku ingatkan kecik saja majlisnya.
rupa2nya secara besar2an jugak.
siap ada cak lempong.
cak lempong tu dari sekolah aku.
sekolah sana pulak buat dikir barat arab.
murid2 tahun 4 dan tahun 5.
comel sungguh dan sangat2 comel.




tapi maaf, aku ada potong sikit dan kualiti gambar pun tak bagus.
penat nak pegang henpon.
tapi mereka2 itu sangat comel.

balik dari sana, aku beli langsat 2 kilo.
kaki pun penat.
huhu....

sekarang sudah masa kritikal.
budak2 pun tak lama lagi nak duduk SPM.
budak2 pun sudah sangat fokus, sangat rajin belajar dan sangat rajin bertanya.
waktu2 macam ni memang sangat seronok mengajar.

hujung2 tahun jugak, waktu2 kritikal untuk cikgu cikgi.
waktu2 macam ni banyakla ketakpuashatian muncul.
perang2 dingin pun bakal tercetus.
aku pun tak terlepas.
hehehe...tapi aku maintain cool.
balik rumah mak aku jadi mangsa mendengar keluhan aku.
terima kasih mak.
tadi pun orang tak puas hati dengan aku.
sebab aku santai.
macam angin sepoi2 bahasa.

Friday, June 5, 2009

terima kasih

cuti sekolah.
kalau bukan cuti sekolah pun aku masih bercuti.
seronoknya cuti.
tapi tak lama lagi cuti aku tamat.
cuti sekolah pun kejap aja.
2 minggu dan tinggal lagi seminggu cuti sekolah.
lepas cuti sekolah aku mula bekerja.
pergi sekolah dan bekerja.
kerja apa?
cikgulah.

cuti sekolah.
aku tak kerja.
aku jadi surirumah.
seronok jugak jadi surirumah.
sebab tak payah fikir kerja.
tapi jadi surirumah seronoknya 2 3 hari sahaja.
dan semasa awal bulan iaitu awal2 bulan gaji baru masuk.
itu adalah hari yang paling seronok menjadi surirumah.
tapi bila sudah hujung2 bulan, menjadi surirumah sudah tidak seronok lagi.
hmmm...
dan seronoknya jadi surirumah jika hujung bulan masih ada gaji.
gaji seperti orang bekerja.
tiap2 bulan suami bagi gaji.
wah...seronok...

walaupun aku sedang bercuti, aku ada kerja juga.
(korang jangan ingat bila cuti sekolah cikgu pun bercuti juga)
aku sedang menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun.
2 bulan cuti bekerja, otak aku agak berkarat untuk mengira.
(jadi, sebelum aku mula bekerja, aku perlu buang karat otak aku)
aku juga berterima kasih kepada rakan2 sekerja yang membantu aku semasa aku bercuti.

Friday, May 1, 2009

selesema babi semakin berleluasa.

hari ni Minachi ke Kuala Lumpur.
aku bagi lima puluh ringgit.
mau beli kasut konvo katanya.
sekarang aku tengok One In A Million.
aku cari2 juga Minachi dari kaca tv.
emak kata Minachi jugak pergi tengok One In A Million sebab nak tengok Tomok.
(aku rasa Tomok ada kelas bila masuk OIAM)
tapi aku rasa mesti Minachi duduk belakang sekali.
(sampai Tomok hanya nampak Tomok tapi tak nampak hidung)

hari tu Adik balik dari PLKN.
Adik sudah kurus.
beratnya sudah turun 7kg dari berat tut tut.
(aku nak bagitau, tapi aku takut Adik tak bagi bagitau)
aku tgk Adik juga sudah nampak jantan.
sudah sedikit hitam, sudah nampak matang.

Hanna pun dah umur 21hari.
sudah pandai ketawa bila diagah.
nampak semua gusi bila ketawa.
(nanti aku upload gambar Hanna sedang ketawa)
sangat comel seperti aku sedang tidur.
(aku pun tak tau aku cantik ke tak waktu tidur sebab aku tidur)
berat Hanna pun dah tambah 200g.


.
.
.
.
.
.
.

aku pun tak tau nak tulis apa.
tapi aku saja nak tulis.



p/s: Hanna bangun, mama mau cium. :p

Friday, April 24, 2009

Abah

aku bukak friendster.
terbaca satu entri di buletin.
assalamualaikum mati tajuknya.

tiba2 aku teringatkan arwah abah.
aku tengok gambar hari terakhir bersama abah masa majlis perkahwinan aku.
hati aku sebak.
aku rasa nak menangis.
tapi aku tak mahu menangis, kalau menangis emak nampak, mesti emak tanya kenapa menangis.
dan tentunya, emak akan jadi lebih sedih dari aku.
teman yang sepatutnya meneman emak waktu anak2 sudah meningkat dewasa sudah pergi menghadap Illahi.

bila aku selamat melahirkan Hanna.
aku teringatkan abah.
abah tak sempat melihat cucunya yang pertama.
yang bila tidur, sangat serupa abah.
padahal masa tu baru umur satu hari.

aku dapat membayangkan, jika abah masih ada, abah mesti orang yang paling geram melihat Hanna.
geram sampai menepuk lantai berkali2 sambil menggigit bibir dengan mata terbeliak.
aku dapat bayangkan.
dengan kain pelikat, tanpa pakai baju.
aku dapat bayangkan.
dan tiba2 aku menjadi sangat rindu.
sangat2 sebenarnya...

Al-Fatihah untuk abah...

Wednesday, April 22, 2009

My Princess



Ini anak aku.

Anak yang telah aku mengandungkan selama 9 bulan 2 hari.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Anak aku juga dilahirkan sempurna sifatnya.
Syukur Alhamdulillah kepadaNya.

Secara rasminya, aku telah menjadi Mama.
Satu perasaan yang tidak dapat untuk digambarkan dengan kata2.
Hanya setelah anda menjadi seorang ibu/mama/umi/emak barulah anda dapat menyelami perasaan itu.
Perasaan indah yang dikurniakan oleh yang Maha Esa kepada orang perempuan.

Kesakitan hendak melahirkan semuanya akan dilupakan setelah lahirnya anak.
Kesakitan yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain melainkan anda bakal menjadi seorang ibu/mama/umi/emak.
Tetapi sakit tu tak seberapa selepas melihat anak yang kite kandung lahir ke dunia.

aku mase kecik anak aku masih kecik


Oleh itu
Anda2 semua jangan melawan cakap ibu/mama/umi/emak.
Kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Kerana perit jerih ibu melahirkan kita ke dunia.
Kerana itu syurga itu diibaratkan di bawah telapak kaki ibu.

Friday, March 20, 2009

tidur

sudah berapa malam aku tak cukup tidur.

aku pun tak ingat.

aku ingat sebab ketiadaan suami sebabkan aku tak boleh tidur. Tapi malam tadi, suami ada pun aku masih tak boleh tidur. Dah pagi baru aku boleh tidur, itupun tidur2 ayam. Bila dikejut bangun, senang sahaja aku bangun, mata pun tidak rasa mengantuk langsung.

Dekat2 nak bersalin ni, keadaan makin sukar, tidur susah, malam baru nak terlena tapi harus bangun untuk buang air, badan pun makin gemuk, bila tidur, nak pusing badan susah, bila bangun, nak berjalan terasa kaki bengkak, semuanya jadi sukar (Aku sangat mengerti kesukaran ibu kamu2 semua semasa mengandungkan kamu dan juga aku).

bangkit dari tidur, aku lihat telefon bimbitku ada mesej. Mesej daripada kawan lama masa sekolah dahulu. Beliau telah selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah diucapkan kepada mereka suami isteri. Tidak lama lagi, giliran aku pula. Kalau dulu, dimasa awal kandungan, aku merasa ngeri (boleh tak aku mengandung sahaja tapi tak payah bersalin? Tapi itu adalah mustahil bukan?). Tuhan itu Maha Besar, Allah itu Maha Berkuasa, bila masanya sudah dekat, secara automatik perasaan gusar itu hilang, diganti dengan perasaan tidak sabar2 untuk bersalin dan melupakan perasaan ngeri dan takut itu.

anakku, cepat2 keluar dan melihat dunia akhir zaman...