Friday, April 24, 2009

Abah

aku bukak friendster.
terbaca satu entri di buletin.
assalamualaikum mati tajuknya.

tiba2 aku teringatkan arwah abah.
aku tengok gambar hari terakhir bersama abah masa majlis perkahwinan aku.
hati aku sebak.
aku rasa nak menangis.
tapi aku tak mahu menangis, kalau menangis emak nampak, mesti emak tanya kenapa menangis.
dan tentunya, emak akan jadi lebih sedih dari aku.
teman yang sepatutnya meneman emak waktu anak2 sudah meningkat dewasa sudah pergi menghadap Illahi.

bila aku selamat melahirkan Hanna.
aku teringatkan abah.
abah tak sempat melihat cucunya yang pertama.
yang bila tidur, sangat serupa abah.
padahal masa tu baru umur satu hari.

aku dapat membayangkan, jika abah masih ada, abah mesti orang yang paling geram melihat Hanna.
geram sampai menepuk lantai berkali2 sambil menggigit bibir dengan mata terbeliak.
aku dapat bayangkan.
dengan kain pelikat, tanpa pakai baju.
aku dapat bayangkan.
dan tiba2 aku menjadi sangat rindu.
sangat2 sebenarnya...

Al-Fatihah untuk abah...

Wednesday, April 22, 2009

My Princess



Ini anak aku.

Anak yang telah aku mengandungkan selama 9 bulan 2 hari.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Anak aku juga dilahirkan sempurna sifatnya.
Syukur Alhamdulillah kepadaNya.

Secara rasminya, aku telah menjadi Mama.
Satu perasaan yang tidak dapat untuk digambarkan dengan kata2.
Hanya setelah anda menjadi seorang ibu/mama/umi/emak barulah anda dapat menyelami perasaan itu.
Perasaan indah yang dikurniakan oleh yang Maha Esa kepada orang perempuan.

Kesakitan hendak melahirkan semuanya akan dilupakan setelah lahirnya anak.
Kesakitan yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain melainkan anda bakal menjadi seorang ibu/mama/umi/emak.
Tetapi sakit tu tak seberapa selepas melihat anak yang kite kandung lahir ke dunia.

aku mase kecik anak aku masih kecik


Oleh itu
Anda2 semua jangan melawan cakap ibu/mama/umi/emak.
Kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Kerana perit jerih ibu melahirkan kita ke dunia.
Kerana itu syurga itu diibaratkan di bawah telapak kaki ibu.