Friday, March 20, 2009

tidur

sudah berapa malam aku tak cukup tidur.

aku pun tak ingat.

aku ingat sebab ketiadaan suami sebabkan aku tak boleh tidur. Tapi malam tadi, suami ada pun aku masih tak boleh tidur. Dah pagi baru aku boleh tidur, itupun tidur2 ayam. Bila dikejut bangun, senang sahaja aku bangun, mata pun tidak rasa mengantuk langsung.

Dekat2 nak bersalin ni, keadaan makin sukar, tidur susah, malam baru nak terlena tapi harus bangun untuk buang air, badan pun makin gemuk, bila tidur, nak pusing badan susah, bila bangun, nak berjalan terasa kaki bengkak, semuanya jadi sukar (Aku sangat mengerti kesukaran ibu kamu2 semua semasa mengandungkan kamu dan juga aku).

bangkit dari tidur, aku lihat telefon bimbitku ada mesej. Mesej daripada kawan lama masa sekolah dahulu. Beliau telah selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah diucapkan kepada mereka suami isteri. Tidak lama lagi, giliran aku pula. Kalau dulu, dimasa awal kandungan, aku merasa ngeri (boleh tak aku mengandung sahaja tapi tak payah bersalin? Tapi itu adalah mustahil bukan?). Tuhan itu Maha Besar, Allah itu Maha Berkuasa, bila masanya sudah dekat, secara automatik perasaan gusar itu hilang, diganti dengan perasaan tidak sabar2 untuk bersalin dan melupakan perasaan ngeri dan takut itu.

anakku, cepat2 keluar dan melihat dunia akhir zaman...

No comments:

Post a Comment